FW: beza RM3000 vs RM10000
Jika aku mampu menulis lagi! Sesungguhnya sesuatu yang sempurna bukan di atas nilai yang kita dapat..tetapi bersyukur itu kunci yang paling utama..jangan membelakangi amalan kepada -Nya..sesama kita renungi kisah ini..
(Petikan daripada Email yang saya terima)
Kisah1 Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
FW: Menarik
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada oranglain lebih daripada yangmereka perlukan danlakukanlah dengan penuhkerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanitayang gemar anda berbicaradengannya, keranakemahiran berbicara antarasatu dengan lain akanmenjadi lebih penting pabilausia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segalaperkara yang anda dengari.Berbelanjalah sekadar apayang ada atau tidurlahseberapa lama yang andaperlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, makatunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’,tenunglah matanya…
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulansebelum kamudiijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandangpertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impianorang lain.. Manusia tanpaimpian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengansepenuh hati dan penuh kasihsayang. Sungguhpun andaakan berasa seolah-olah dirianda tersiksa, tapi percayalahitulah satu-satunya untukmelengkapkan kehidupan ini.





