FW: Penyerap hentak rosak boleh sebabkan kemalangan
KETIKA memandu, pernahkah anda mengalami kereta melantun terlalu kuat apabila termasuk ke dalam lubang atau bonggol jalan? Kereta akan terasa melantun-lantun lebih daripada sekali sebelum kembali ke posisi asal.
Ada ketikanya kereta terasa membuai-buai dan sukar dikawal pada kelajuan tinggi di lebuh raya. Pemandu akan sering membetulkan posisi stereng ketika sedang mengambil selekoh.
Situasi ini ada kaitan dengan penyerap hentak atau shock absorber. Apa yang pasti ia adalah adalah salah satu komponen terpenting kenderaan yang membabitkan keselamatan dan keselesaan memandu.
Penyerap hentak yang rosak boleh menyebabkan kerosakan lain pada kenderaan dan di dalam kes yang lebih serius, mampu menyebabkan kemalangan. Pada kelajuan tinggi, kereta akan terasa bergerak tidak lurus dan anda terpaksa membetulkan kedudukan stereng terlalu kerap (over-correct). Kereta juga akan terasa seperti “terapung” di atas lebuh raya. Ini bermakna penyerap hentak telah rosak dan perlu diganti dengan segera.=
Cara mengenal pasti kerosakan penyerap hentak kereta anda.
FW: Malapetaka jika brek tidak berfungsi dengan baik
KETIKA memandu untuk perjalanan jauh dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam, selain tayar, satu lagi komponen kereta yang perlu difikir ialah brek. Ini kerana brek yang tidak berfungsi atau ‘tak makan’ boleh membahayakan keselamatan.
Namun sewaktu memijak brek, tiba-tiba anda terasa seolah-olah sedang memijak benda yang amat kenyal, tetapi brek tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Jika hal ini terjadi, pemeriksaan perlu dilakukan.
Ada pelbagai sebab mengapa keadaan sedemikian berlaku termasuk wujud udara dalam saluran minyak brek, sekatan wap, kebocoran atau kekurangan minyak brek, penyelarasan injak brek kurang tepat, gelendong brek sudah retak atau lubang saluran tersumbat dan bolt pemegang selindernya longgar.
Periksa jika wujud udara dalam saluran minyak brek. Dalam kebanyakan kenderaan, jarak antara lantai dan injak brek (ketika dipijak penuh) akan bertambah selepas injak dipijak beberapa kali. Sebab itu, brek berkesan.
Namun demikian, dalam sesetengah keadaan, jarak itu tidak bertambah manakala pemandu akan berasa seolah-olah memijak belon. Gejala ini menunjukkan ada udara dalam saluran minyak brek.





