FW: Bateri rosak boleh dibaiki
Bateri rosak boleh dibaiki
BATERI adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin
kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh
menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak
dihidupkan selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri
lemah.
Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa
perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki,
tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan
bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana
bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali
gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.
Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri
yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar
dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.
Fw: Bateri perlu dijaga dan diperiksa setiap minggu
BATERI adalah antara kompon en yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.
Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.
Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.
Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.
Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.
Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.
Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.





