fw:Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlakunya kemalangan?

August 14, 2009 at 11:05 pm (article, artikel, malay) (, , , , , , , )

1) Mula-mula sekali, jangan panik.
Cuba ingati diri anda dan jika anda seorang Ijip, cuba ingati apa makanan kegemaran anda. Setelah itu cuba perhatikan nombor pendaftaran kereta di hadapan anda dan cuba ingatinya. Periksa juga mereka yang berada di dalam kenderaan anda sekiranya ada yang tercedera. Selepas itu cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta di belakang anda pula sekiranya ada dan anda telah dilanggar.

Sekiranya anda seorang wanita dan kejadian itu berlaku di waktu malam, maka anda dinasihatkan memandu (sekiranya kereta boleh dipandu) ke balai polis yang berhampiran. Laporan polis boleh dilakukan di mana-mana balai polis di dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika tidak, duduk sahaja di dalam kereta dan buatlah panggilan kepada kenalan anda ataupun bantuan penunda kenderaan.
Jika anda yakin situasi selamat dan anda ingin menyelesaikan sebarang perkara di situ juga (selalunya jika anda yang bersalah) pandu kereta anda di tepi jalan dahulu serta jauh dari aliran trafik. Jika anda benar-benar bersalah dan kesalahan itu dilaporkan, anda akan disaman maksimum RM300 serta merta dan jika tuntutan insurans pihak ketiga dibuat maka anda akan kehilangan Bonus Tiada Tuntutan @ NCB (No Claim Bonuses).

2. Melaporkan kejadian di balai polis
Perkara pokok yang perlu anda tahu ketika memberikan laporan ialah waktu kejadian, tempat kejadian, situasi bagaimana kemalangan terjadi, nombor pendaftaran kereta di hadapan, nombor pendaftaran kereta di belakang, kecederaan pemandu/penumpang dan bahagian kereta yang rosak.
Laporan polis akan dibuat menggunakan bahasan yang standard dan anda boleh menyemaknya sebelum membuat pengesahan. Pihak polis juga akan mengambil gambar kenderaan anda serta kenderaan yang melanggar / dilanggar oleh anda. Dapatkan nombor laporan serta pegawai penyiasat kes untuk rujukan.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

FW: Mengapa kemalangan meningkat, di mana silapnya?

August 14, 2009 at 10:31 pm (article, artikel, malay) (, , )

Di Malaysia- Lebih 6000 nyawa terkorban di jalan raya  dan kerugian di anggarkan berbillion RM setiap tahun. Persoalannya mengapa kemalangan terus meningkat sedangkan berbagai kempen kesedaran pemandu telah di anjurkan oleh berbagai pihak dari NGO dan kerajaan. Jika anda seorang pemandu, sejauh manakah keberkesanan kempen kesedaran atau apakah terdapat kaedah lain yang mampu mengubah gaya pemanduan yang lebih selamat semasa memandu?

YA, memang benar pemandu merupakan orang yang di amanah atau di pertanggungjawabkan semasa memandu samada keluarga atau majikan. Pemandu mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap nyawa dan harta benda yang di bawa.

Memandu kereta atau jentera merupakan suatu pekerjaan yang harus di laksanakan hingga sampai ke destinasi dengan selamat. Jadi, untuk memastikan anda selamat ketika memandu apakah anda seorang pemandu yang selamat? atau adakah anda seorang pemandu yang cekap dengan pengalaman memandu tanpa latihan? Tahu kah anda punca terjadi kemalangan?

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment