Fw: Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul

August 26, 2009 at 10:15 am (article, artikel, malay) (, , , )

PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidal dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

FW:Bahagian penting kereta perlu dijaga

August 14, 2009 at 10:58 pm (article, artikel, malay) (, , , , )

SETIAP orang menyayangi harta miliknya apa lagi membabitkan harga yang mahal. Kereta yang baru dibeli, misalnya sudah pasti dijaga rapi agar tidak calar, berkarat apa lagi rosak pada bahagian enjin.

Penjagaan kereta sangat perlu kerana ia adalah aset dan keperluan yang semakin penting untuk berulang alik ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau ke klinik selain untuk balik kampung dan bersiar-siar bersama-sama teman dan seisi keluarga.

Di samping memastikan perjalanan anda tidak tergendala, kereta yang sentiasa berkeadaan baik mempunyai pasaran yang baik jika mahu dijual semula.

Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

Fw: Siri 1 : Petua Membeli Kereta Terpakai

August 14, 2009 at 10:33 pm (article, artikel, malay) (, , , )

Siri 1 : Petua Membeli Kereta Terpakai

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan
keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan
sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

PEMERIKSAAN LUARAN

Sila periksa pemegang pintu
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

PEMERIKSAAN ENJIN

Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
Pastikan enjin tidak diubahsuai
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan
ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih
di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

PEMERIKSAAN DALAMAN

Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
Pastikan lantai tidak berkarat
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
Pastikan tali pinggang boleh dipakai
Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

FW: Pandu uji secukupnya sebelum beli kereta terpakai

August 14, 2009 at 10:08 pm (article, artikel, malay) (, , , , )

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta
terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama
bahagian enjin.

Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin
kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai
berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan
keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa
untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak
dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila
memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap,
hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada.
Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat
menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan
kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat
sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di
belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap
hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment