fw:Apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja berlakunya kemalangan?

August 14, 2009 at 11:05 pm (article, artikel, malay) (, , , , , , , )

1) Mula-mula sekali, jangan panik.
Cuba ingati diri anda dan jika anda seorang Ijip, cuba ingati apa makanan kegemaran anda. Setelah itu cuba perhatikan nombor pendaftaran kereta di hadapan anda dan cuba ingatinya. Periksa juga mereka yang berada di dalam kenderaan anda sekiranya ada yang tercedera. Selepas itu cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta di belakang anda pula sekiranya ada dan anda telah dilanggar.

Sekiranya anda seorang wanita dan kejadian itu berlaku di waktu malam, maka anda dinasihatkan memandu (sekiranya kereta boleh dipandu) ke balai polis yang berhampiran. Laporan polis boleh dilakukan di mana-mana balai polis di dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika tidak, duduk sahaja di dalam kereta dan buatlah panggilan kepada kenalan anda ataupun bantuan penunda kenderaan.
Jika anda yakin situasi selamat dan anda ingin menyelesaikan sebarang perkara di situ juga (selalunya jika anda yang bersalah) pandu kereta anda di tepi jalan dahulu serta jauh dari aliran trafik. Jika anda benar-benar bersalah dan kesalahan itu dilaporkan, anda akan disaman maksimum RM300 serta merta dan jika tuntutan insurans pihak ketiga dibuat maka anda akan kehilangan Bonus Tiada Tuntutan @ NCB (No Claim Bonuses).

2. Melaporkan kejadian di balai polis
Perkara pokok yang perlu anda tahu ketika memberikan laporan ialah waktu kejadian, tempat kejadian, situasi bagaimana kemalangan terjadi, nombor pendaftaran kereta di hadapan, nombor pendaftaran kereta di belakang, kecederaan pemandu/penumpang dan bahagian kereta yang rosak.
Laporan polis akan dibuat menggunakan bahasan yang standard dan anda boleh menyemaknya sebelum membuat pengesahan. Pihak polis juga akan mengambil gambar kenderaan anda serta kenderaan yang melanggar / dilanggar oleh anda. Dapatkan nombor laporan serta pegawai penyiasat kes untuk rujukan.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

FW:Bahagian penting kereta perlu dijaga

August 14, 2009 at 10:58 pm (article, artikel, malay) (, , , , )

SETIAP orang menyayangi harta miliknya apa lagi membabitkan harga yang mahal. Kereta yang baru dibeli, misalnya sudah pasti dijaga rapi agar tidak calar, berkarat apa lagi rosak pada bahagian enjin.

Penjagaan kereta sangat perlu kerana ia adalah aset dan keperluan yang semakin penting untuk berulang alik ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau ke klinik selain untuk balik kampung dan bersiar-siar bersama-sama teman dan seisi keluarga.

Di samping memastikan perjalanan anda tidak tergendala, kereta yang sentiasa berkeadaan baik mempunyai pasaran yang baik jika mahu dijual semula.

Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

Fw: Bateri perlu dijaga dan diperiksa setiap minggu

August 10, 2009 at 5:25 pm (article, artikel, malay) (, , , )

BATERI adalah antara kompon en yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.

Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.

Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.

Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.

Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.

Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment