fw: Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya

August 28, 2009 at 5:34 pm (article, artikel, malay) (, , )

RADIATOR adalah antara komponan penting dalam enjin kereta. Kerosakan pada radiator boleh menyebabkan enjin panas dan pecutannya kurang baik.

Sekiranya keadaan itu berlaku, anda tidak perlu panik sebaliknya berhentikan kenderaan dan cuba lakukan pemeriksaan. Cara ini lebih baik daripada membiarkan enjin kereta anda panas dan mungkin terbakar.

Panas pada bahagian enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Selain itu, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

fw:Punca ekszos keluarkan bunyi letupan

August 18, 2009 at 2:05 am (article, artikel, malay) (, , )


KENAPA boleh berlaku letupan di dalam ekzos? Keadaan ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang memandu laju di lebuh raya.

Sebenarnya masalah ini berlaku kera-na pembakaran yang berlaku di luar enjin apabila campuran petrol-udara tidak terbakar dengan sempurna, maka beberapa bahagian petrol itu akan keluar dari silinder bersama asap ekzos sebelum ia sempat terbakar.

Disebabkan suhu sangat tinggi, apabila ia bertemu dengan udara di dalam ekzos, besar kemungkinan akan terjadi pembakaran dan letu-pan.

Punca berlaku sedemikian biasa-nya disebabkan campuran petrol dan udara yang terlalu banyak serta kegagalan penyalaan yang baik.

Apabila palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, petrol yang tidak terbakar akan keluar bersama lebihan gas apabila ada injap pembuangan yang tidak tertutup dengan sempurna sehingga ada petrol yang keluar sebelum sempat terbakar.

Injap tidak akan tertutup apabila rosak atau celah laluan injapnya tidak tepat. Bawa kenderaan ke bengkel untuk menyelaraskan semula celah injap itu.

Selain pembakaran di luar, bunyi enjin yang pelik juga membimbangkan apatah lagi jika tidak diketahui penyebabnya.

Bagaimana kita hendak membezakannya dan adakah bunyi itu boleh dibiarkan saja demikian atau perlukan pembaikan segera?

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

Fw:Memeriksa Punca Pecutan Lemah

August 14, 2009 at 10:59 pm (article, artikel, malay) (, , , )

Pernahkah anda mengalami keadaan ketika cuba memotong kenderaan di hadapan atau mendaki bukit, anda terasa kuasa pecutan kereta anda agak berat berbanding sebelumnya?

Apakah punca masalah itu? Kenapa keadaan itu berlaku sedangkan cekam palam pencucuh, suis pemutus arus baru saja ditukar?

Ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor atau tersumbat dan saat penyalaan yang terlalu lambat.

Selain itu, kerosakan pada paip saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan karburetor iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan kembali.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

fw: Memeriksa punca stereng kereta berat

August 8, 2009 at 4:47 pm (article, artikel, malay) (, , )

ADA ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment

FW: Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar

July 29, 2009 at 11:05 am (article, artikel, malay) (, , )

SETELAH beberapa tahun menggunakan kereta yang sama, anda mungkin berhadapan dengan situasi bahawa enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh. Keadaan sebegini biasanya mudah dirasai ketika mendaki bukit.

Ada ketikanya anda berasa enjin kereta sudah mengaum tetapi kereta tidak meluncur laju. Selain disebabkan kerosakan dan kebocoran ekzos, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti.

Malah, dalam keadaan biasa kereta dapat bergerak menaiki bukit dengan menggunakan gear ketiga. Tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak dan akhirnya terpaksa menukar kepada gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan pada sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, apabila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap sebab-sebab dan pembaikan kecemasan sebegini boleh dilakukan:

Pertama; periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis-suis penutup arus.

Read the rest of this entry »

Permalink Leave a Comment